::Memembe Belog Yang Besh::

Tinggalkan jejak anda disni yep..nanti noreybum datang jenguk:)

Sunday, April 15, 2012

P.R.A.K.T.I.K.A.L

P.R.A.K.T.I.K.A.L

Sebut je sal "PRAKTIKAL"..
sedar x sedar da nak dekat 2 Bulan lbey gak Cik Intan Payung kat skolah..
emm..nak tawuu tak skolah pe yg mnjadi pilihan hati Cik Intan Payung??
ce teka..ce tekaaa..
hee..

kalo dulu aku PRACTICUM dekat kedah..
 SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI SMK Sultanah Asma..
sekolah yg Awesome..

now..destinasi tuk PRACTICAL i choose..
SMK Gombak Setia,Selangor..
wewiiitt..gler GEMPAK habis skola nihh..
sangat CHALLENGER and DANGER aku kira..
dengan student2 yg pelbagai ragam..
yang kadang wat aku SEDIH,HAPPY,CERIA..GILA..n so on..

haha..ape pn perasan yg aku rasa..
i will take it as a CHALLENGER..
yeahhh!!i loike..

so..SMILE norey a.k.a Cik Intan Payung~
and to all my students..
jangan nakal2..
' Be the Best Among The Best!!'
love u olls..(^_*)





::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

~AKU dan BLOG~

Assalamualaikum semua blogger2 TERHEBAT..
sudah agaka LAMA sangat saya tidak update blog saya yg bersawang nihh..
almaklumlah bz dengan praktikal skunk..
hanya sempat berFB jehh..
blog pun da merajok ngan tuan diaa..
huhu..

Anyway..
 pasni even saya bz sy akan cuba gak luangkan masa sy ngan "BLOG" nihh..
tuk kongsi info2 TERKINI dengan blogger2 semua..
and...ada sumting yg sy nk share ngan sume blogger2 d luar sne..
info untuk KESIHATAN dan CANTIK bergaya..
aiseeehhhh..
just wait n see!!

daa

WASSALAM..
senyum2 slaloo(^_*) (y)
 




::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Friday, January 20, 2012

Jom Tambah Follower

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
jawab3..xjawab dosa taww,,hehe
OK lah berbalik pada tajuk entri Cik Intan Payung kt atas tuhh..
I'm very "SURE" korang sume da faham kan3..

emm..da lama noreybum a.k.a Cik Intan Payung xhupdate blog kan..
almaklumlah bz hanya Allah saja yg tahu..huhu..
neway..tuk memberikan semangat Cik Intan Payung untuk berblog pada tahun 2012 ni..
Cik Intan Payung nak join satu segmen ni..
"SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER"..
bagi sesape yg nk join..jom3,,join sesame yep..=))

p/s : untuk yg nk join segmen nih..jom terjah blog kat bawah ni..

Ok lah..smpai sini jela..kte jmpa lg di next entry..
WASSALAM..




::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Wednesday, January 18, 2012

CELCOM BROADBAND PEK 1 MALAYSIA [SKMM]



Percuma Penggunaan Bulan Pertama
HANYA RM25.00 SAHAJA Perlu Reload Pada Bulan Kedua Seterusnya.

DAPAT ACCESS INTERNET SELAMA 30 HARI
MENGGUNAKAN SIMCARD PREPAID DAN BUKAN MENGGUNAKAN POSTPAID
TIDAK PERLU MEMBAYAR BIL DIKAUNTER CELCOM CENTRE

* Rm25 Sebulan Celcom Broadband Pek 1 Malaysia (Skmm)
* Kelebihan Pek 1 Malaysia(Skmm)
* Percuma Penggunaan Bulan Pertama
* Hanya Rm25.00 Sahaja Perlu Reload Bagi Bulan Kedua Dan Seterusnya
* Dapat Access Internet Selama 30 Hari
* Menggunakan Simcard Prepaid Dan Bukan Menngunakan Postpaid
* Tidak Perlu Membayar Bil Dikaunter Celcom Centre


- pek dari SKMM
- kelajuan 384kbps - 1.55 Mbps
- unlimited
- percuma untuk 1bulan pertama

* CARA PENGAKTIFAN ( percuma 1bulan pertama ) :
(1) Sila taip : BROADBAND ACTIVATE hantar ke 28882
(2) Tunggulah sampai CELCOM hantar balasan
(3) Kemudian dapat sms "percuma akses internet selama sebulan bermua dari...
sehingga...."

* Bulan KEDUA *
1. TOP UP RM25 PADA TARIKH TERAKHIR KREDIT EXPIRED (TOP UP MCM BIASA)
2. SMS "broadband skmm" send 28882
3. Reply YES
4. DAPAT SMS AKSES INTERNET BERJAYA DAN ANDA KINI BOLEH MELAYARI INTERNET
SELAMA SEBULAN.



p/s: if berminat sila email saya di ctnorihansaad@gmail.com


::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

ORIGINAL KEY KASPERSKY INTERNET SECURITY 2012



ORIGINAL KEY KASPERSKY INTERNET SECURITY 2012
<for 1 years>
1 User = RM 25
3 Users = RM 40
p/s: if berminat boleh email saya di ctnorihansaad@gmail.com


::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Friday, December 9, 2011

Aku dan Dia..

Assalamualaikum..
jawab3..wink2(^_^)
malamku yg sangat bosan..
suma org pakat balik kmpung..
cuti smpai senin la ktakan..
huu..
cm gini laa org yg dok jaoh di perantauan..
aiseh..
ayat xboley blah kan3..
haha..

malam2 cm gini best dok layan lagu2 jiwang..
jom layan lagu kat bawah ni..
hee

jommm..
LAYAAANNNN..
Wassalam..




::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Saturday, December 3, 2011

Tasbih Hati

Sesungguhnya Allah S.WT telah menetapkan sesuatu itu baik ataupun jahat,
dan kemudian DIA akan meneranngkannya..

Ingat ye..
Sesiapa yang berniat untuk melakukan satu kebaikan,
tetapi tidak melakukannya,
Allah S.W.T akan memerintahkan malaikat mencatat segala
kebaikannya yang sempurna..

Selain itu jugak..
Sesiapa yang berniat untuk melakukan satu kebaikan lalu melakukannya..
Allah S.W.T akan memerintahkan malaikat untuk mencatat
kebaikan itu disisi-NYA sebanyak 10 kebaikan hingga 700 kali lipat ganda malah lebih lagi..

Dan sesiapa yang berniat melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya,
Allah S.W.T akan memerintahkan malaikat untuk mencatat disisi-NYA satu kebaikan yang sempurna..

Sesiapa yang berniat melakukan kejahatan dan melakukannya, ALLAH S.W.T akan memerintahkan malaikat mencatat kejahatan itu dengan balasan satu kejahatan sahaja..
Dan ingatlahh..
Sesungguhnya azab Allah itu Amat Pedih..

Renung-renungkanlah..
 
Untuk ingatan kita bersama..
Wassalam..

::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Wednesday, October 19, 2011

spontaneous #Wednesday#

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..
Cik Intan Payung yang menghilang sudah kembali..
akibat kesibukan yang melanda sejak beberapa bulan ini..
Cik Intan Payung xdapat nak "berbelog"  sgt la dgn anda2 semuaa..
tapi hari ni curik2 masa sket..(bajet bz cam Pm je aku ni)..wink(*_^)v

5 Hari lepas aku ngan kengkawan mahallah (kolej) aku g Pahang..
Fraser's Hill aku bertapak..
walawehhh..jalan pusing2 cam snake gituh..
sampai2 sume org da jadik pusing..

emm..program Mc Lead yg sgt beshhh..
byk benda yg dapat..
byk kawan n berbagai ragam manusia ku temu..
huhu..

"Sweet Memories at Fraser's Hill"..
I loiikeee even kapla da jadik pusing satu macam..
but nice weekend wif a great holiday..
haha..cm g holiday plak..padahai g tadah tlinga dgq talk..
nice activities there..
n makanan2 kat situ  aku kasi A+ + +
hee..

by the end aku nak balik..
aku telah berjaya membuang segala isi perutku di dalam bas
bersama kawan2ku..ahakss
maw taknye..
jalan dya wat i fening2 tahap cipan..
haha..

emm...begitulah citenye..
xmende pon nak cite..
just nak hapdate blog aku yang dah lama x dsentuh..kui3..
c u next entry keh..taraaaa..

Wassalam..





::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Saturday, September 17, 2011

Lumrah hidup

Assalamualaikum suma..
da lama Cik Intan Payung x hapdate belog yang da separuh usang ni..
huhu..

emm..berbalik pada tajuk entry Cik Intan Payung hari ni
iaitu "Lumrah Hidup"..

emm..bak kata orang..
sudah menjadi lumrah hidup..
pabila kita senang...ramai kawan2 yang dekat ngan kita..
tapi pabila kita ddalam kesusahan x suma yang hadir memberikan pertolongan..

dari situ kita dapat menilai seseorang yang betul2 menghargai kita..
tapi dari kesusahahn ini mengajar kita untuk lebih...
dewasa..
berdikari..
berkorban..
dan mengenal serta menghargai nikmat hidup itu sendiri..

Kawan di kala senang datang silih berganti..
Kawan dikala susah itulah yang dicari2..

Ya ALLAH dekatkanlah aku dengan orang2 yang akan sentiasa bersamaku
dikala susah dan senang dan jadikanlah aku seorang yang tabah mengharungi hidup di 
muka bumi ini..
Ameen..

haa..satu lagi yang Cik Intan Payung nak ingatkan..
Marilah sama2 kita berusaha menjadi kawan susah dan senang kepada org2 disekeliling kita yep..
sekali sekala kita berkorban untuk orang mana tahu nanti hari kita susa ada
gak orang yang ingat kita..
ok la kwn2 suma..
sampai disini saja entri kali ni..
"Akhlak terpuji hiasi peribadi"..
Wassalam..



::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Monday, September 12, 2011

Wordless Monday

Assalamualaikum suma..
jawab3..
xjawab dosa..
jawab dapat pahala..hehe

Alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai ke UIA tercinta...
tercinta ke???
hehe..

Hari pertama xdek mende nak dibuat..
melilau rata jalan2 ja di sini..
seronok dapat jmpa kengkawan..
tapi lom lagi ketemu Intan Payungku..
haha..ngarut je norey damook ni..

Ok la kengkawan..
kepada yang da nak masuk study cam aku ni..
"SELAMAT BELAJAR" 
jangan malas2 cam aku deh..
salam sayang tuk suma..

WASSALAM


::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Sunday, September 11, 2011

UIA da panggey mari

Assalamualaikum suma..
malam2 yang da nak semput akibat kepenatan membakar satay
di siang hari..huhu..
by da way..hepi n sgt best bersama2 sanak saudara
bersuka ria membakar satay bersama2..
love it..

Cuti raya yang paling best la kiranya..
tapi yang tak bestnyaaaa..
xsempat sgt nak beraya bersama kengkawan suma..
huhuhu..
 
 mintak maap ye kengkawan suma..
akibat "kebizian"(sibuk) dengan catering xsempat nak beraya,
jalan2 sesame pn tak sempat..
harap2 shabat2 suma x berkecil hati la yaa..
 
baru sampai di rumah..
mood sedey gak ktika ini kerana kazenku akan bertolak ke MESIR..
suma pakat sedey..
almaklumla xpernah berpisah..
huhu..
 
by da way..Gud Luck tuk Mawaddah..
semoga berjaya dunia akhirat dan 
pandai membawa diri di tempat orang..

dan aku plakk..
sangat malaasss untuk balik ke UIA..
berat hati plak nak meninggalkan umah n 
especially my family..
huhu..
 
byk kenangan toi cuti kali ni
sangat hepy bersama kuarga...(^_*)v

esok da nak balik UIA..
UIA da panggey mari..
UIA menjerit..haha..



Doakan norey selamat sampai ke UIA terchenta yaa..
 
Wassalam..




::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Sunday, September 4, 2011

Open House

Assalamualaikum..
hari ni Cik Intan Payung keletihan bangat coz rini ada 
.................
...................................
ha..mesti da taw kan sebab ape eden letih bangat..
kalo sapa yg xtaw dan x paham jgk sila angkat tangan dan letak dimulut..
heehee..
gelak jahat..
huu..by de way...hepi coz ramai sedara mara yg datang..
sronok gler..
sonok mmg sonok..
sok nak kena g bakar satay plak kat umah MB..
soo...jom TIDOQ TIDUR..
hee..
nite..
WASSALAM



::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Monday, August 29, 2011

Jangan Tinggalkan Aku!!

Assalamualaikum to all my dearie frenZz..
cik N.O.R.E.Y.B.U.M a.k.a Cik Intan Payung
dalam kesejukan malam ni..
Bermula dari awal Ramadhan ritu
cuaca asek panas je..
Alhamdulillah..
sekarang da nak dekat seminggu hujan..
hujan rahmat..

"BUMI IS CRYING coz of RAMADHAN WILL LEAVING US"
sedey kah MANUSIA di muka Bumi ini seperti bumi menangisi pemergian Ramadhan kali ni..
jawapannya..
ada pada kita suma..

Setiap individu mempunyai pendapat masing2..
ada yang berpendapat 

Si Pulan A
alah penat2 aku tahan sbulan xmkn xminum..
xsesabar la nak smbot raya..
xpoyah la susa2 aku nk than lg..
xsanggop den..

Si Pulan B
Alhamdulillah..setelah sebulan berpuasa..
Hari Raya  sebagai kemenangan bagi Orang Islam..
tapi yang pastinya aku akan sentiasa merinduimu..
Ramadhan..aku doakan aku akan bertemu kau lagi pada tahun hadapan..
dan aku berharap agar ini bukan RAMADHAN TERAKHIRKU..
InshaAllah..

Masing2 mempunyai pendapat masing2..
tepuk dada tanya iman..
Di Kesempatan ini aku menyusun 10 jari memohon kemaafan
andai kata2 dan apa2 saja yang aku kluarkan menyakiti mana2 pihak..

SALAM LEBARAN..
Minal Aidil Wal Faizin..(^_*)v

WASSALAM..     



::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Saturday, August 27, 2011

Doodle??

Assalamualaikum..
Selamat Sejahtera keatas kamoo..
jawab2..
xjawab dosa..

Orait dear..hari ni xde hape yang dikabokan sgt..
cuma nak tunjuk doodle yang rupanya cam noodle yang aku wat rini..
al-maklumla..baru nak blaja..
hehe..

nak tengok x??
haha..xnak tengok pn xpe..
just for fun..


huhu..
xcantik kan..
xcantik pn xpe..
janji aku puas..hee
ok la..
sekian
..............
...........................
............................................

WASSALAM



::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Wednesday, August 24, 2011

''EMAK MANA?'' confirm touching!


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Waj...ah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
...
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Friday, August 19, 2011

Wow!!!Gagahnya Wanita Itu..

Assalamualaikum..
melihat pada entri aku pada kali ni tajuknya dikhususkan untuk kaumwanita..
tetapi tak bermakna kaum Adam tak boleh baca..
hehoo..


KEGAGAHAN WANITA..
 
sepertimana yang kita tahu..wanita itu fitrahnya ialah seorang yang lemah lembut..
tak bermakna gagah yang aku ucapkan ini seperti gagahnya seorang lelaki..
tetapi
...............
.....................................
.........................................................
Kegagahan seorang wanita itu bukan dilihat kepada 
pejal otot badannya
tetapi..
pada kekuatan perasaan.


Perempuan yang gagah adalah:
1~ Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2~ Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3~ Perempuan yang menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4~ Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan


Ingatlah wahai wanita..gadis2..perempuan isteri2 
atau sesapa sahaja yang bergelar 
"WANITA"
   
Kegagahan wanita itu berdiri di atas teguhnya iman
dan
seluruh kegagahan yang ada pada KHADIJAH
adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang perempuan.. 
Cuba korang suma renungkan dan fikir2kan..
jika suma yang kita mahukan,,
suma yang kita kehendaki 
terus sahaja kita MILIKI..
emm..dari mana pula kita belajar IKHLAS..
Jika suma yang kita impikan segera TERWUJUD ataupun ada dengan sekelip mata..
dari mana pula kita belajar SABAR..
Jika setiap Doa kita terus DIMAKBULKAN ..
dari mana pula kita belajar IKHTIAR..
emm..setuju tak dengan aku..
sapa setuju angkat tangan macam aku..hee..
bila dipikirkan balik..hidup kat dunia kan..Ibarat roda..
macam hat orang dok selalu sebut tu la..
Jika hidup kita selalu BAHAGIA..
Bagaimana kita dapat kenal Allah dengan lebih DEKAT..
huhu..tepuk dada tanyalah IMAN kita masing2..
bukan tanya AIMAN..hehe..
YAKINLAH dan PERCAYALAH bahawa segala ketentuanNYA
adalah yang TERBAIIKKK untuk kita ..
InshaALLAH..
SEnyum Slaloo..
Wassalam..
tatatititutu..(^_*)v
 

::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Tuesday, August 16, 2011

Tahukah ANDA???

Tahukah Anda dapat mengetahui seseorang berbohong atau tidak dengan melihat matanya??

Orang berbohong atau jujur bisa dilihat dari cara pandang dan mata orang tersebut serta sikap tubuhnya.
haa..jom baca di SINI

Tahukah Anda bahawa Minum air ais setelah makan membuatkan kita buncit??

Banyak orang memiliki kebiasaan minum air ais atau minuman dingin lainnya setelah makan. Memang rasanya nikmat dan menyegarkan. Namun, kebiasaan ini jika sering dilakukan akan menyebabkan bentuk tubuh Anda berubah. Perut Anda akan semakin buncit..
nak tahu lebih lanjut baca SINI ok..

Berapa kali mata anda berkedip dalam sehari???

Mata berkedip dalam sehari sebanyak 15000 kali. Tujuannya untuk melindungi mata. Selain itu, kedip mata menunjukkan emosi dan kerja otak. Iye..saya tak tipu..ce tengok kat SINI PULAK

haaa..kan aku da cakap aku tak tipu..hee..(^_*)v
sapa mata dia yang tak kedip2 tu aku tak tau laa..
ada something wrong la tuhh..hee

Mengapa minum susu membantu cepat tidur?

Jika Anda minum segelas susu pada malam hari, akan membantu tubuh lebih santai dan tidur Anda semakin nyenyak. Susu banyak mengandung hormon tryptophan yang dapat menimbulkan rasa kantuk dan membantu tidur lebih nyenyak. READ MORE..

Asal-usul istilah air mata buaya

Pernahkah Anda mendengar bahwa seseorang dikatakan meneteskan "air mata buaya"? Artinya air mata buaya adalah air mata dan kesedihannya tidak tulus tetapi hanya pura-pura atau penyesalan yang palsu.

buaya ka orang yang pandai nanges ni siap ada air mata lagi..
haha..aku pn nak taw gak..JOM BACA LAGI

lalala..ok la kengkawan..
setakat ni je info yang aku nak kongsi ngan korang..
selalu la singgah ke teratak aku ni sokmo eh..:))
jumpa lagi..

WASSALAM..





::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

" Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah "


Assalamualaikum suma ..
Apa habaq suma..
norey harap korang suma sehat2 slaloo..
haaa..bila da tgok entry aku ni korang mesti da ley agak kan segmen apa yang aku join..
hee..ni la "Segmen Promosi Blog 500 Ke Bawah" 
cm blog usang aku ni ha..

Actually aku rasa menarik plak nak join segmen kali ni..
mood travelling tetiba ja da makin menjadi-jadi..
haha..jgn gelak kat aku keh..
siez aku gtaw nih..

Emm..lagipon bila da join segmen ni nant..
banyak kawan2 kita ley kenai..
ley kongsi something yang "bermanfaat" bersama..
boley saling nasihat sesama bloggers..
ley tukar2 pendapat..
macam2 lagi ar yang "berfaedah"..
yang berfaedah je..kalo laen dari tu..huhu..
get out aku x berminat..

And Last but not least..
aku aialah bloggers yang baru merangkak..
kengkawan panggey aku "Norey"..
aku pun tak tahu nape kwn2 singkatkan nama aku sebegitu rupa..
dari sekolah rendah smpai la aku masok U..
padahai aku ada nama lagi sedap yang mama n abah aku kasi..

Nama aku lam kad pengenalan aku..
Siti Norihan Binti Saad..
emmm..sedap kan..
haha..suma kena ngaku sedap keh..
bersyukur dgn nama yg my parents kasi..:)

Hobi aku plak.. 
emm..actually banyak benda yg aku suka wat..
tapi yang paling aku suka wat time waktu lapang..
waktu lapang je keh..waktu bz tak la yep..hee
 waktu lapang aku terisi dengan 
bersiar-siar bersama kawan2..sedara2 aku n sewaktu dengannya..
g shopping ka..makan ka..hee
then, aku suka online time waktu2 lapang nih..
update blog..fb dan  yang sewaktu dengannya la yep..
suka belajar sesuatu yang baru,,yang aku rasakan mencabar 
yang memberi faedah kepada aku dan org laen..
and..
aku suka sangat berkawan..
banyak kawan..banyak pengalaman..
banyak ilmu yang kita taw..InshaAllah..
hee..sekian 
sampai disini norey membebel..
bagi sesape nak join segmen AA ni..sila klik di SINI

Selamat berpuasa.

Wassalam..
 
   




::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Sunday, August 14, 2011

~Dunia Bloggers~

Assalamualaikum sumaa...

ermmm....
Setiap hari ini la keja aku di waktu lapang..
di kala kebosanan..dikala otak tak dapat memikir apa yang perlu dibuat..
dikala mata tak dapat dipejam walaupun setelah banyak makanan yang telah disumbat..
dikala tiada teman yang nak dibuat menyembang..
dikala suma manusai bz kalah superman,batman dan otromen yang org kata kuat..
dikala hatiku memaki hamun apa yang aku nak cakap..
hahaha..tetiba hatiku riang ria seperti kanak2 yang baru pandai berjalan..
Inilah duniaku sekarang..
"Dunia Bloggers"
Sekarang kita tidak lagi merasa bosan dan kesepian..
disini semua kawan2 ada untuk kita berkenalan..
untuk dikongsi idea dan buah fikiran,,
untuk mengkritik apa yang dirasakan tak memuaskan..
mengkritik bukan bertujuan untuk menjatuhkan,
mengkritik pembina semangat demi menerukan perjuangan..
walllaaweeehhh..norey berbahasa basi sekejap..
tidak dinafikan dunia bloggers sekarang semakin berkembang maju..
walaupun aku msih dikatakan baru lagi dalam dunia blog ni..
ala2 seperti baby yang baru dilahirkan..
tetapi itu tidak langsung dapat mematahkan semangat aku untuk menjadi blogger..

even
......
.............
...................

aku tak dikenali ramai..hape aku peduli..
janji aku suka dengan apa yang aku buat..
aku hepi..

yang aku peliknya..
kalo aku mengadap blog ni lama2 xbosan la plak..
jalan sana jalan sini..
jenguk blogger sana sini..
bz x hengat dunia..

tapi time kena mengadap buku..
study 2k exam..
alahaiii..sat ja da jadi ngantok..
time tu maki hamun gler la kat setan2 besaq yang dok kaco aku setadi..
padahai aku sndiqi yang malas..ish3..

aishhh..kalo nak menaip entry ni..,
bukan men laju..macam2 idea datang mencurah2..
bila kena wat esemen..wat esei..
mula la garu2 kepala yang tak gatai pon sbenaqnya..
hadoyai..manusia2..

tapi takpa..janji aku hepi..
apa yang penting kalo kita nak berbelog ni..
kena la pandai bahagi masa,,
jangan dok asek berbelog smpai keja len pn xley nak wat dah..
jangan dok wat loqlaq cam tu na..

neway..
kepada suma bloggers di Malaysia..
teruskan usaha anda dalam berbelog ni..
jadilah anda seorang blogger yang berhemah,kreatif dan kritis..
hee..sampai disini saja norey membebel..
kalo ada papa yang tersalah,terlebih,tegur2 la yep..
sama2 kita memanfaatkan belog dunia tanpa sempadan ini dengan sebaik2nya..
jangan disalah gunakan udah la yep..
akhir kata..
senyum sokmo dari org yang baru belajar merangkak dalam dunia belog neh..hee

WasSalaaam..(^_*)v






::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

~ Followers ke 100?? ~

Assalamualaikum suma..
sebenanya aku nak post entri ni semalam lagi..
tapi oleh kerana mata aku ni pon da xlarat nak celik time tuh,
so..aku delay la kejap..
anyway..tak kisah la bila2 pon kan..
janji apa yang aku nak sampaikan tok korang suma sal tajok entry aku nih..

tajok entri aku kali ni ialah..
"FOLLOWERS KE 100??
haa..ni la tajok entri aku pd hari nih..
 ok..nak dijadikan cerita sal tajok entri aku kali ni..
begini ceritanya..

Al-kisahnya bermula bila aku berblogwalking..
jalan punya jalan aku berhenti rehat dekat blog hamba Allah ni smbey follow dya..
nak tawu blo sapa??
ce tengok kat bawah ni...


    hee..apa yang wat aku hepi ialah..
aku ialah followers cik Ikmal yg ke 100..
haa..nak tau lebih lanjut jom tengok SINI 

neway..thanXx a lot ye cik Ikmal..(^_*)
 

ok u alls..sampai cni je entri aku..jmpe lg di entri akan datang..
Waasalam..




::Thanks for ur reading:: ~ce komen kat bawah neh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright control 2011-2012 by Ct Norihan Saad